Pengenalan

Sekolah Rendah Islam Husni Amal ditubuhkan pada tahun 2008. Sekolah ini beroperasi di Jalan Rajawali, Larkin Jaya, johor. Sekolah ini ditubuhkan demi memberikan pendidikan akademik dan agama yang berkualiti kepada pelajar.

Sekolah ini beroperasi di dalam satu bangunan dua tingkat yang mempunyai 10 kelas pembelajaran, makmal sains, perpustakaan, dewan makan, surau, bilik tayang dan pejabat pengurusan. Sekolah ini mempunyai kelas pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan pelajar. Sekolah ini juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau keselamatan warga sekolah.

Hampir 7 tahun beroperasi, sekolah ini telah banyak mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, UPKK dan SDEA.


“BERILMU BERIMAN DAN BERAMAL”
Berilmu - Memupuk semangat cintakan ilmu.
Beriman -Mendidik pelajar agar beriman.
Beramal - Sentiasa mempraktiskan ilmu yang dipelajari.

Pelita
Melambangkan ilmu yang memberi cahaya untuk masa depan.

Bulan Sabit
Sekolah yang beraliran agama.

Bintang
Lima bucu bintang merupakan lima Rukun Islam yang merupakan tiang agama Islam.

Quran
Merupakan panduan hidup untuk mendidik tunas-tunas Islam agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Komputer
Melahirkan insan intelek sejajar dengan arus pemodenan teknologi dan maklumat.

Warna
Putih    = Keikhlasan hati pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu
Hijau    = Melambangkan agama Islam yang Syumul.
Kuning = Melambangkan ketaatan dan kesetiaan kepada
Rukun Islam, Rukun Iman, dan Rukun Negara.
Powered by Blogger.