Pada tanggal 19 November 2015, Sekolah Rendah Islam Husni Amal telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Khatam Al-Quran 2015. Majlis tahunan ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik, pendidikan agama dan juga sahsiah. Seramai 78 orang pelajar telah menerima anugerah cemerlang dalam pelbagai aspek. Majlis ini juga turut diserikan dengan acara Khatam A-Quran. Bagi tahun 2015 ini, seramai 2 orang pelajar telah Khatam Al-Quran.
|
Pentas Utama |
|
Persiapan Penerima Anugerah |
Seawal jam 7.00 pagi lagi telah ramai ibubapa yang hadir untuk sama-sama meraikan majlis ini. Para pelajar yang menerima anugerah akan melakukan perbarisan masuk ke pentas utama . Sejurus selepas ucapan perasmian daripada Puan Nazifah Alwani Binti Mohamad selaku Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Husni Amal, majlis penyampaian hadiah dan anugerah kepada pelajar di mulakan. Majlis ini juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada pelajar tahun 1 hingga tahun 6.
|
Persembahan Pelajar Tahun 6 Syafie |
Majlis ini berakhir sekitar pukul 1 petang. Ibubapa yang hadir juga disajikan dengan jamuan daripada pihak sekolah sebagai terima kasih diatas kehadiran untuk sama-sama meraikan majlis yang penuh makna ini.