Pakaian dan Buku



Pakaian Murid Lelaki
Baju kemeja berwarna hijau muda berlengan pendek dan seluar panjang bewarna hijau tua. Baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar.

Pakaian Murid Perempuan
Baju Kurung Johor berwarna hijau muda dan kain hijau tua.
Murid-murid perempuan wajib memakai tudung dan anak tudung bewarna putih tanpa berbunga atau berenda.


Kasut dan Stokin.
✔ Kasut kanvas putih.
✔ Stokin putih dan tidak berbelang-belang.
✔ Kasut sentiasa putih dan berkapur.
✗  Kasut kulit dan kasut ‘high-cut’ adalah tidak dibenarkan.

Lencana dan Tanda Nama

Murid lelaki - Memakai tanda nama di kocek baju kiri, lencana sekolah di bawah tanda nama.
Murid perempuan - Memakai lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri kain tudung.

Pakaian Tambahan dan Barangan Kemas.
Tidak dibenarkan memakai cermin mata gelap atau berbentuk luar biasa.
Tidak dibenarkan memakai semua barang perhiasan seperti rantai, gelang dan sebagainya.

Pakaian Pengawas.
Pengawas lelaki – Baju kemeja lengan panjang berwarna hijau muda, seluar panjang hijau tua dan tali leher hijau tua, tali pinggang berwarna hijau serta tag pengawas berwarna kuning.
Pengawas Perempuan – Baju Kurung Johor bewarna hijau muda, kain dan tudung bewarna hijau tua serta tag pengawas berwarna kuning.

Pakaian Pendidikan Jasmani.
T-shirt rumah sukan atau T-shirt putih tanpa tulisan atau iklan.
Seluar trek bottom sekolah atau trek bottom hitam atau bewarna gelap.
Semua murid perempuan wajib memakai tudung semasa pendidikan jasmani.

PAKAIAN AKTIVIVTI LUAR DARJAH / KO-KURIKULUM / KELAS TAMBAHAN
Pakaian seragam sekolah yang lengkap, yang menutup aurat ketika hadir kelas tambahan.
Pakaian ko-kurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan ko-kurikulum.
Powered by Blogger.